01101967

Hi Assalamualaikum. Harini saya akan menulis dalam bahasa ibunda saya iaitu Bahasa Malaysia. Perasan tajuk post? Itu tarikh. 1967? Tahun Ayahanda saya lahir. Iya. Harini Hari Jadi Beliau. 


Memperkenalkan Ayah saya dan Arwah Mak saya. Abd Razak bin Karamdad dan Isteri tercinta dunia akirat beliau. Nor Azlina @ Lin bt Md Supian.

Ayahanda,
Ku bukan anak yang baik, tapi ku janji akan menjagamu sehingga nafas terakhirku.

Ayahanda,
Ku bukan anak yang bijaksana tapi ku janji akan belajar bersungguh sungguh untuk dirimu,

Ayahanda,
Ku bukan seorang abang yang memenuhi tanggungjawab untuk adik adik ku iaitu anakmu,

Ayahanda, 
Ku bukan juga seorang lelaki yang kuat walaupun ayahanda kuat perkasa dalam apa keadaan sekalipun.

Ku Berjanji,
Darahmu yang mengalir dalam badan ini akan terjaga dan takkan ku biarkan sesiapa pun merosakkan keluarga kita

Ku Berjanji,
Darahmu ini lah akan ku bawa merata dunia akan ku perkenalkan nama mu dengan orang asing,

Ku Berjanji,
Namamu akan dikenali sebagai seorang yang bijaksana, kuat, cekal dan sangat berwawasan.

Ku Berjanji,
Akan ku sambung keturunanmu dengan zuriat yang baik, cucu cicit mu yang sangat dihormati.

Aku Berjanji Ayahanda.
 

Tak banyak boleh Abang berikan untuk Ayah selain doa dan sedikit kesenangan bantuan yang dapat abang hulurkan. Ya lah abang anak sulung. Imam kedua selepas ayah. Abang sayang ayah sangat.

Selamat Ulang Tahun yang ke 46 ayah. Ayah masih muda. Masih kuat. Masih Handsome. Abang sayang Ayah. Mak sayang Ayang. Kakak sayang Ayah. Diela sayang Ayah. Hasief sayang Ayah. Haziem sayang Ayah. Kami sayang Ayah. Sayang sangat sangat. Tiada tandingannya dengan apa sekali pun. 

Abd Razak bin Karamdad  Nor Azlina @ Lin bt Md Supian